Penerangan
11 Disember 2023, Kota Bharu - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kelantan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JAS Negeri Kelantan (KASKEL) telah menganjurkan Seminar Perundangan Dan Pengurusan Buangan Terjadual Serta Hands-On Penggunaan Electronic Schedule Waste Information System (eSWIS) 2023 yang bertempat di iBIS Style Hotels, Kota Bharu. Objektif seminar adalah untuk memberi kefahaman kepada premis berkaitan perundangan dan pengurusan buangan terjadual serta penggunaan sistem eSWIS.
Seminar ini telah dihadiri oleh 89 orang peserta yang terdiri dari wakil-wakil industri, penggerak projek EIA, perunding alam sekitar dan kontraktor yang berkaitan.