PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI DI ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR DAN TENAGA NASIONAL BERHAD

DOE Negeri Sembilan|DOE WP Putrajaya 28/12/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI DI ANTARA JABATAN ALAM SEKITAR DAN TENAGA NASIONAL BERHAD
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
28/12/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan|DOE WP Putrajaya

Penerangan

Satu program pembersihan pantai di antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) sempena Hari Alam Sekitar Negara (HASN) 2023 telah diadakan di Pantai Desaru, Lotus Desaru Resort & Spa, Kota Tinggi, Johor. Program pembersihan pantai ini adalah merupakan salah satu aktiviti di dalam Pelan Kerjasama Strategik JAS - TNB (SEP30) yang menyokong Pelan Kelestarian Alam Sekitar. Objektif program adalah untuk memupuk kesedaran anggota kerja serta orang awam tentang kepentingan menjaga alam sekitar khususnya pesisir pantai, dan seterusnya menyokong agenda alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG). Program ini telah dirasmikan oleh Puan Hajah Azuri Azizah binti Haji Saedon, Pengarah Komunikasi Strategik, Jabatan Alam Sekitar Putrajaya dan JAS Negeri Sembilan turut serta dalam penyertaan. Sebanyak 106 kilogram sampah yang boleh dikitar semula, dan jumlah keseluruhan sampah yang berjaya dikumpulkan adalah sebanyak 244 kilogram. Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Semoga usaha kecil ini menjadi pemangkin pembudayaan gaya hidup lestari di kalangan masyarakat demi generasi yang akan datang.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan