Penerangan
??????? LAPORAN RINGKAS SIASATAN PENCEMARAN BAU KILANG GETAH OLEH EN. HARIS BIN AKUT (01139874485) PADA 11.12.2023 DI KPG. PARIT KELABU, BEAUFORT. ???????
?? TARIKH ADUAN DITERIMA: 11.12.2023
?? PENGADU: En. Haris Bin Akut
?? PERKARA : BAU BUSUK DIDAKWA BERPUNCA DARIPADA EFLUEN KILANG GETAH BEAUFORT LATEX SDN. BHD.
?? TARIKH SIASATAN : 12.12.2023
?? MASA : 9.00am - 1.00pm
??????? ANGGOTA : PPKK JJ, PJ MKA & PJ MH
??????? WAKIL PENGADU : Tiada.
Ringkasan Laporan:-
1??? Pasukan Penyiasat menghubungi pengadu walau bagaimanapun si pengadu enggan berjumpa dan tidak mahu memperincikan aduannya. Pasukan menjalankan pemeriksaan parit bahu jalan dan alurair di kawasan kampung bersebelahan dengan KGA Beaufort Latex S/B iaitu Kpg. Parit Kelabu, Kpg. Lajau dan persekirannya tetapi tiada menemukan sebarang kesan pencemaran efluen dan tiada sebarang bau busuk.
2??? Pasukan Penyiasat memeriksa KGA Beaufort Latex S/B, premis sedang beroperasi dan bertemu Pengurus Kilang En. Tan Ket Sing. Pemeriksaan premis mendapat pematuhan adalah baik, hanya terhidu sedikit bau di kawasan separator process yang melibatkan penggunaan ammonia dan di rubber trap. Walau bagaimanapun punca bau ini tidaklah ketara tetapi jika ada tiupan angin boleh menerbitkan bau kurang selesa.
3??? En. Tan Ket Sing mengakui ada berlaku bau ketara pada hari Sabtu lepas kerana kerja-kerja penyelenggaraan di Rubber trap tergendala disebabkan jentolak rosak dan cuaca hujan ketika itu. Aktiviti penyelenggaraan berkenaan terpaksa dijalankan secara manual menggunakan tenaga manusia pada ketika ini sementara menunggu LIGS menghantar jentolak yang lain. FC telah dikeluarkan untuk mengambil tindakan segera dan mencari kaedah² mengawal isu bau.
Hasil Pemeriksaan
• Aduan oleh pengadu tidak berasas yang asalnya mendakwa punca bau itu disebabkan pelepasan efluen ke parit. Namun begitu pasukan penyiasat menjalankan pemeriksaan menyusuri parit dan menerbangkan dron tetapi tidak menemukan sebarang tanda dan kesan efluen.
• Kolam-kolam SPE didapati disenggara dengan sewajarnya dan tidak menemukan sebarang kesan limpahan. Punca bau ketara hanya dikesan di dalam bangunan proses khususnya di Separator process disebabkan penggunaan bahan ammonia ke dalam 11 unit tangki dan di kawasan rubber trap tetapi ia terkawal.
Tindakan JAS CAW SIPITANG:
1??? Mengeluarkan FC kepada Pengurus Beaufort Latex S/B mengambil tindakan baiki jentolak dan menasihatkan agar pihaknya peka jika berlaku punca kerosakan atau upset yang boleh menerbitkan bau kerana lokasi kilang yang sensitif iaitu berhampiran kampung dan sekolah.
2??? Syor pemantauan dari semasa ke semasa.
3??? Rondaan darat. Tiada PT ditemui.
Kawasan rondaan: Bintuka, Gadong, Beaufort.
Cuaca: Panas.
Sekian, dimaklumkan.