PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

BENGKEL PENGURUSAN RISIKO BAGI PROJEK MENAIK TARAF LOJI RAWATAN KUMBAHAN LAN007 DAN KERJA-KERJA RASIONALISASI DI KAWASAN TADAHAN TAMAN BATU ARANG, WP LABUAN

DOE WP Labuan 20/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
BENGKEL PENGURUSAN RISIKO BAGI PROJEK MENAIK TARAF LOJI RAWATAN KUMBAHAN LAN007 DAN KERJA-KERJA RASIONALISASI DI KAWASAN TADAHAN TAMAN BATU ARANG, WP LABUAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/12/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

Tarikh: 22 NOVEMBER 2023 (RABU) Masa: 8.30 pagi hingga 5.00 petang Tempat: Arabian Meeting Room, Tiara Labuan Hotel, WP Labuan Nama staf : Pengarah, PPKK Dya, PJ JA 22 NOVEMBER 2023 – Jabatan Perkhidmatan Pembentungan telah menjemput agensi-agensi berkaitan termasuk Jabatan Alam Sekitar WP Labuan untuk menghadiri Bengkel Pengurusan Risiko untuk Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Kumbahan LAN007 dan Kerja-Kerja Rasionalisasi Di Kawasan Tadahan Taman Batu Arang, W. P. Labuan. Projek naik taraf ini merupakan salah satu inisiatif kerajaan supaya pelepasan loji-loji lama milik kerajaan dapat mematuhi Standard B sebagaimana yang ditunjukkan dalam perenggan (i) Jadual Kedua, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009, AKAS 1974. Objektif bengkel pengurusan risiko ini adalah untuk mengenalpasti, menganalisa dan bertindakbalas terhadap faktor risiko dan peristiwa sepanjang tempoh hayat projek. Bengkel ini juga bertujuan untuk mengetahui tatacara pemantauan pengurusan risiko kepada projek. Bengkel ini telah dihadiri sendiri oleh En. Yaras Bin Yusup selaku Pengarah JAS WP Labuan, PPKK Siti Radheyah bt Md Shahrin dan PJ Junaidi bin Alan selaku wakil dari Jabatan Alam Sekitar WP Labuan. Sekian dan terima kasih. #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan