PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

LATIHAN PENGGUNAAN DAN PEMBANGUNAN CONTENT VIRTUAL REALITY (VR) KE ARAH TRANSFORMASI BAHAN PAMERAN INTERAKTIF JABATAN ALAM SEKITAR

DOE WP Labuan 20/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
LATIHAN PENGGUNAAN DAN PEMBANGUNAN CONTENT VIRTUAL REALITY (VR) KE ARAH TRANSFORMASI BAHAN PAMERAN INTERAKTIF JABATAN ALAM SEKITAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/12/2023
Organisasi
DOE WP Labuan
Lokasi
W.P Labuan

Penerangan

22 Nov 2023 - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Putrajaya (JAS Ibu Pejabat) melalui Bahagian Komunikasi Strategik telah mengadakan satu latihan pembangunan konten Virtual Reality (VR) yang bertujuan untuk mendedahkan pegawai-pegawai penyelaras unit komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) di negeri masing-masing tentang kepentingan dan tujuan pembangunan ini diwujudkan. Selain taklimat, latihan membuat konten VR yang pastinya berguna dan relevan untuk jangka masa panjang telah diberikan kepada peserta dari setiap negeri. Wakil daripada JAS WP LABUAN , Encik Muhammad Muniff Adha bin Asnawi, Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar, telah hadir dan dibekalkan 4 unit Headset VR untuk dibawa pulang ke negeri berkhidmat. Melalui latihan yang dijalankan sejak 19 November 2023 ini, Bahagian Komunikasi Strategik, JAS Ibu Pejabat, berharap agar pameran untuk jabatan dapat dinaiktaraf dan memberikan impak positif dalam semua aspek terutamanya dari segi kesedaran awam. Sekian. “ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA?? #JASMalaysia #JASWPLabuan

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan