15 Disember 2023, KLUANG - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Cawangan Kluang telah menjalankan siasatan susulan aduan yang diterima daripada orang awam mengenai pelepasan minyak ke dalam sungai. Keadaan ini berpunca dari hujan lebat menyebabkan kilang mengalami banjir kilat sekaligus memenuhi kolam cooling dan berlakunya limpahan sludge oil ke sungai berdekatan.
Tindakan Penahanan Operasi di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dibuat bagi premis menghentikan pencemaran dan menjalankan langkah pembaikan bagi membendung pencemaran.
Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke
[email protected] atau ke portal aduan https://
[email protected].