PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN AIR & BAU DARI PREMIS

DOE Johor 20/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN AIR & BAU DARI PREMIS
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/12/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

7 DISEMBER 2023, JOHOR BAHRU - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JB Tengah) telah menjalankan siasatan terhadap aduan orang awam mengenai aduan pelepasan efluen dan bau daripada premis di Kawasan Perindustrian Desa Cemerlang. Hasil siasatan mendapati premis gagal memastikan sistem pengolahan efluen berfungsi dengan baik dan seterusnya gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Premis juga gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) dibuat di bawah Seksyen 38 (1)(a), Akta 127 bagi menghentikan pencemaran serta-merta. Arahan telah dikeluarkan kepada premis supaya mengambil tindakan penambahbaikan bagi pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekeliling. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan