Penerangan
15 Disember 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengenakan tindakan penahanan operasi kelengkapan (POK) di bawah seksyen 38 (1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap sistem kawalan pencemaran udara yang sedang beroperasi iaitu satu (1) unit alat pembakaran bahan api furnace (Diesel), satu (1) unit Aluminium Seperator dan satu (1) unit Dust Collector kerana gagal mengemukakan pemberitahuan bertulis kepada JAS Negeri Melaka.
Aduan berulang mengenai pencemaran bau dari premis ini telah diterima oleh Jabatan Alam Sekitar Melaka. Hasil Siasatan ke atas premis ini pada 13 Disember 2023 mendapati premis menjalankan aktiviti pengilangan dan peleburan logam. Premis diarahkan untuk tidak beroperasi sehingga mengemukakan laporan EIA serta mendapat kelulusan laporan EIA dan mengemukakan pemberitahuan bertulis berkaitan sistem kawalan pencemaran udara yang digunakan.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama