Penerangan
13 Disember 2023, Bangi - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput oleh Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi untuk mengadakan ceramah serta pameran kesedaran alam sekitar sempena Hari Kanak- Kanak 2023 bertempat di sekolah tersebut.
JAS Negeri Selangor mengambil peluang ini berkongsi maklumat mengenai bidang tugas Jabatan serta melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar kepada pelajar sekolah yang hadir.
Jabatan Alam Sekitar komited bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha mendidik serta memberikan kesedaran alam sekitar kepada segenap masyarakat agar alam sekitar yang kita cintai ini kekal terpelihara. "Alam sekitar tanggungjawab bersama".