Penerangan
11 Disember 2023, WP Putrajaya - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JASWPKL) telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP). Delegasi JASWPKL yang diketuai oleh Pengarah, Puan Zuraini bt Ahmad Tajudin telah bertemu dengan Pengarah Bahagian Perbandaran dan Khidmat Teknikal, JWP Tuan Wan Ashbi @ W Maheran bin Leman. Turut hadir Encik Yaras bin Yusup, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Labuan.
Dalam pertemuan ini, Pengarah JASWPKL telah menyampaikan hasrat dan cadangan bagi penubuhan Jawatankuasa Tindakan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan selain menerangkan peranan dan bidang tugas JASWPKL serta kerjasama yang boleh dijalin bagi menangani kes-kes pencemaran alam sekitar di WP Kuala Lumpur.
JASWPKL merakamkan penghargaan di atas kesudian JWP menerima kunjungan hormat ini bagi memastikan kelestarian alam sekitar di WP Kuala Lumpur dipelihara.