PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel

PROGRAM JEJAK LANGKAH KE SILICON ISLAND

DOE Pulau Pinang 20/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM JEJAK LANGKAH KE SILICON ISLAND
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/12/2023
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

10 Dis 2023, Gelugor: Tuan Pengarah JAS Pulau Pinang, Encik Norazizi bin Adinan telah menghadiri majlis jejak langkah ke Silicon Island. Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Majlis juga turut dihadiri oleh exco-exco Negeri Pulau Pinang, wakil agensi persekutuan dan negeri Pulau Pinang. Majlis dimulakan dengan Boat Ride to Silicon Island serta gimik perasmian yang disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Ahmad Fuzi bin Haji Abdul Razak, Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang di atas tapak tambak Silicon Island. Majlis seterusnya disusuli dengan ucapan oleh YAB Tuan Chow Kon Yoew, Ketua Menteri Negeri Pulau Pinang. Projek ini dijangkakan akan memainkan peranan penting sebagai sebuah projek yang memperjuangkan prinsip ESG dalam menarik pelabur seterusnya membangunkan ekonomi Negeri Pulau Pinang seiring dengan kelestarian alam sekeliling.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan