Penerangan
7 Disember 2023, Klang- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput untuk memberikan ceramah kesedaran alam sekitar sempena minggu alam sekitar, kesihatan dan keselamatan bertempat di Samsung Electric (M) Sdn. Bhd.
JAS Negeri Selangor mengambil peluang ini berkongsi maklumat mengenai bidang tugas Jabatan serta melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar kepada kakitangan premis yang hadir. Jabatan Alam Sekitar komited bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha mendidik serta memberikan kesedaran alam sekitar kepada segenap masyarakat agar alam sekitar yang kita cintai ini kekal terpelihara. "Alam sekitar tanggungjawab bersama".