Penerangan
9 November 2023, Shah Alam - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah dijemput oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar bersempena Hari Alam Sekitar Negara dan Hari Tandas Sedunia 2023 bertempat di Kompleks Muhibbah, Taman Nirwana, Ampang.
JAS Negeri Selangor mengambil peluang ini berkongsi maklumat mengenai bidang tugas Jabatan serta melaksanakan kempen kesedaran alam sekitar kepada peserta yang hadir.
Jabatan Alam Sekitar komited bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam usaha mendidik serta memberikan kesedaran alam sekitar kepada segenap masyarakat agar alam sekitar yang kita cintai ini kekal terpelihara. "Alam sekitar tanggungjawab bersama".