PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Peralatan Teknikal|Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PROGRAM PENGAWASAN BUNYI BISING DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MERDEKA

DOE Melaka 20/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PROGRAM PENGAWASAN BUNYI BISING DI SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN MERDEKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
20/12/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

12 DISEMBER  2023, MELAKA - Unit Pengawasan Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan  pengawasan bunyi bising selama 24 jam di Sekolah Kebangsaan Taman Merdeka. Pengawasan dijalankan bermula dari jam 4.30 petang , 1 Disember 2023 sehingga jam 4.30 petang hari berikutnya. Pengawasan bunyi bising ini bertujuan memantau dan menyemak pencemaran bunyi dari Lapangan Terbang Antarabangsa  Melaka di Batu Berendam yang terletak berhampiran sekolah ini yang bertindak sebagai reseptor sensitif. Diharapkan pengoperasian lapangan terbang ini adalah didalam julat pencemaran bunyi iaitu 60dB pada waktu siang dan 55dB pada waktu malam. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited dalam pengurusan aduan awam dan jika terdapat sebarang aduan, bolehlah menghubungi Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka di talian 06- 2345720 atau 1-800-88-2727  atau mengadu secara atas talian di https://eaduan.doe.gov.my.    Diseru pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama  

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan