Penerangan
???????????????????
PERSIDANGAN KOMUNIKASI, PENDIDIKAN DAN KESEDARAN AWAM JABATAN ALAM SEKITAR TAHUN 2023
Bahagian Komunikasi Strategik JAS Putrajaya telah menganjurkan Persidangan Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) Jabatan Alam Sekitar bagi tahun 2023 yang bertujuan untuk:-
?? Menyelaras dan membincangkan perkara - perkara berbangkit berkaitan :
?? Rumusan pencapaian sehingga Oktober 2023
?? Membincangkan halatuju serta perancangan bagi tahun 2024
Mesyuarat tersebut telah diadakan seperti berikut: -
???? Tarikh: 06 Disember 2023 (Rabu)
??? Masa: 9:00 am - 4.30 pm
??? Tempat: Bilik Cempaka, Aras 3, JAS Putrajaya & Google Meet
????? Pengerusi: TKPP Pn. Mashitah Binti Darus
??Kehadiran JAS Sabah: KPP AHM, PP(K) CHN, PPK Adzhar & PPKK SAA
Mesyuarat dimulakan dengan Perutusan Pengerusi Mesyuarat dan disusuli dengan pembentangan seperti berikut:
1??? Pembentangan bagi maklumbalas Minit Mesyuarat Pencapaian CEPA & Penyelarasan Hala Tuju 2023 yang disampaikan oleh Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik JAS
2??? Pembentangan pelaporan KPI CEPA Q3 2023 telah disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik.
3??? Pembentangan Akaun Amanah CEPA & Rakan Strategik disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi Strategik.
Antara Rumusan Mesyuarat adalah seperti berikut :-
?? Semua JAS Negeri hendaklah memastikan KPI tahun 2023 tercapai seperti mana yang telah disasarkan ;
??KPI tahunan akan dibincang semula untuk ditambah baik bagi tahun - tahun seterusnya;
??Lawatan ke Perpustakaan Jas Sabah, WP Labuan dan Johor akan diadakan pada 2024. Pengiktirafan akan diberikan kepada perpustakaan JAS Negeri yang terbaik dalam satu program yang akan dilaksanakan BKS;
?? Setiap program kerjasama dengan Rakan Strategik hendaklah mematuhi dan merujuk Garis Panduan Penganjuran Program Kesedaran Alam Sekitar Bersama Rakan Strategik Alam Sekitar (RSAS);
?? Sesi perbincangan dirancang untuk dilaksanakan bersama semua JAS Negeri bagi mendapatkan input dan komen untuk menambahbaik garis panduan ini;
?? JAS Sabah, JAS WP Labuan dan JAS Selangor telah menghantar surat kepada Bahagian Komunikasi Strategik, JAS HQ untuk dipertimbangkan semula bagi penyertaan Penerima Anugerah Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS) Kitaran 9, sesi 2023/2024 dan perkara ini akan disediakan minit ceraian bagi mendapatkan ketetapan daripada pihak pengurusan;
?? Garis Panduan untuk mengwujudkan Unit Media di setiap JAS Negeri seperti ketetapan DKPAS dijangka akan diedarkan pada awal tahun 2024.
Sekian untuk makluman.