Penerangan
????????????????????????????????????
MESYUARAT PENGARAH PENGARAH JABATAN ALAM SEKITAR BIL 2/2023
Mesyuarat Pengarah-Pengarah Jabatan Alam Sekitar telah diadakan pada 27-29 November 2023 bertempat di Double Tree by Hilton, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Alam Sekitar, Dato' Wan Abdul Latiff Wan Jaffar dalam amanatnya menyatakan kepentingan dalam memastikan kepentingan mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan daripada semasa ke semasa seiring dengan keperluan perkhidmatan.
Semasa Sesi mesyuarat ini juga turut dikongsikan mengenai Akta Antigangguan Seksual 2022 [Akta 840] oleh Jabatan Pembangunan Wanita dan Pembentangan Malaysia Kigali Implementation Plan oleh Bahagian Udara.
Mesyuarat turut membentangkan Pencapaian Tahun 2023 serta Pembentangan Senarai Status Tink Tank/Task Force daripada setiap Bahagian.
Penetapan hala tuju JAS 2024 melalui input dan output dari mesyuarat ini merupakan satu indikator dalam memastikan penyampaian perkhidmatan Jabatan dapat dilaksanakan dan dijayakan.
En Amirul Aripin, Pengarah JAS Sabah akan memaklumkan ketetapan/rumusan mesyuarat melalui group Whatsapp atau mesyuarat khas pada bulan Disember ini. ????
Sekian