Penerangan
??? ONLINE MEETING ON ECOOILS EIA APPROVED LAND CONDITIONING AREA ????
?? Tarikh: 1 Disember 2023 (Jumaat)
? Masa: 2.30 - 3.15 Petang
?? Tempat: Atas Talian (Google Meet)
??????? Kehadiran JAS Sabah: KC SNA, PP(K) MAA & PP(K) FM
???????????????? Kehadiran Bersama : MIDE, JPAS & POIC
?? Ringkasan Laporan Mesyuarat:
?? Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk pihak EcoOils membentangkan status pematuhan kepada syarat-syarat kelulusan Laporan EIA yang dikeluarkan oleh JPAS bagi land condtioning area (tapak pelupusan enap cemar EPP) kepada semua Jabatan/Agensi berkaitan yang dijemput.
?? Pihak EcoOils memaklumkan terdapat 1 syarat EIA JPAS yang belum dapat dipatuhi iaitu penyediaan sistem perparitan untuk kawalan air larian permukaan di tapak.
?? Pihak POIC memaklumkan kawasan sediaada telah hampir penuh dan pihak EcoOils memerlukan kawasan tambahan untuk meneruskan aktiviti land conditioning berkenaan. Pihak POIC meminta komen daripada pihak JPAS dan JAS mengenai perkara ini.
?? Pihak JPAS memaklumkan, sekiranya kawasan tambahan melibatkan kerja tanah melebihi 40,000 meter padu, Laporan EIA perlu disediakan dan dikemukakan kepada JPAS untuk kelulusan.
?? Wakil JAS memaklumkan enap cemar EPP merupakan sisa pepejal industri dan tidak dikategorikan sebagai buangan terjadual (BT). Walau bagaimanapun, pihak EcoOils dinasihatkan untuk mematuhi keperluan EIA dan syarat-syarat EIA yang ditetapkan oleh pihak JPAS bagi mengelakkan aduan pencemaran dari orang awam.
Sekian untuk makluman.
Unit EIA & Input Pembangunan