Penerangan
???? MESYUARAT PENGURUSAN SISA BUANGAN KOLAM ENAP CEMAR BERSAMA JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SABAH (JAS)??
?? TARIKH : 01 Disember 2023 (Jumaat)
?MASA : 02.30 petang - 04.30 petang
??TEMPAT : Bilik Mesyuarat Utama Ibu Pejabat Jabatan Air Negeri Sabah (JANS)
?????????PENGERUSI : YBrs. Hj. Suhaimi bin Hj. Asbullah, Pengarah, JANS.
??????? WAKIL JAS SABAH : PP(K)(ALI) & PP(K)(SJ)
?? Ringkasan Laporan Mesyuarat:
1??? Tujuan mesyuarat diadakan adalah bagi melaporkan serta membincangkan mengenai status pengurusan enapcemar daripada kolam Loji Rawatan Air (LRA) yang dikategorikan sebagai buangan terjadual (BT) dengan kod buangan SW204.
2??? Tuan Pengerusi memaklumkan bahawa JANS memahami mengenai keperluan melupuskan SW204 dari LRA mengikut PPKAS(BT)2005. Namun begitu, disebabkan oleh kekangan peruntukan, perkara tersebut hanya dapat dilaksanakan di 51 LRA manakala 37 LRA lagi masih dalam tindakan. SW204 yang terkumpul di sludge lagoon hanya dikorek dan enapcemar tersebut hanya dipindahkan di kawasan sekitar LRA tanpa dilupuskan di premis yang dilesenkan oleh JAS.
3??? Wakil JAS Sabah menerangkan mengenai Garis Panduan Pengurusan Enap Cemar Dari Loji Rawatan Air versi terkini 2023 iaitu melalui pengurusan khas buangan terjadual di bawah Peraturan 7, PPKAS (BT) 2005 iaitu melupuskan BT di tapak pelupusan khas (onsite/ offsite) LRA, pelupusan BT di tapak pelupusan sanitari, kajian menjadi SW204 sebagai eco product dan menjadikan SW204 sebagai bahan untuk rehabilitation bekas tapak lombong atau sebagai soil conditioner.
4??? Turut dibincangkan ialah Notis Arahan yang dikeluarkan kepada beberapa LRA di daerah berkaitan pengurusan enap cemar SW204. Pihak JANS telah memaklumbalas perkara tersebut dengan menyatakan mereka telah memohon peruntukan tambahan bagi kerja-kerja pengurusan enapcemar tersebut.
5??? Isu-isu penguatkuasaan di LRA iaitu keperluan Pemberitahuan Bertulis (PB) bagi janakuasa, pengurusan buangan terjadual selain SW204 dan aduan berkaitan LRA turut dibincangkan.
6??? Wakil JAS Sabah turut memaklumkan mengenai keperluan akaun eSWIS bagi LRA yang menghasilkan BT.
7??? JANS memaklumkan akan menjalankan kerja-kerja pengenalpastian kawasan berpotensi untuk LRA yang tidak mempunyai sludge lagoon.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Disediakan Oleh : Unit Lesen & Buangan Terjadual
Tarikh : 01 Disember 2023