Penerangan
??? Perbincangan Latihan Tumpahan Minyak ("Table Top Exercise") - Projek GKGJE Fasa 4 Oleh Shell Malaysia ??
?? Tarikh: 30 November 2023 (Khamis)
? Masa: 10.00 - 11.30 Pagi
?? Tempat: Bilik Mesyuarat Sipadan
????????? Pengerusi: En. Aliudin.
?????????????????? Kehadiran JAS Sabah: PP RK, PPKK SL, PPKK MP, PJ RZD.
?? Ringkasan Perbincangan:
?? Sesi perbincangan dimulakan dengan sesi pengenalan kepada projek GKGJE Fasa 4. Projek Fasa 4 ini berada di kawasan Negara Brunei yang akan dimajukan oleh Shell Malaysia.
?? Tujuan perbincangan ini diadakan adalah bagi mendapatkan pandangan dan ulasan/komen daripada pihak JAS Sabah berhubung latihan tumpahan minyak (table top) yang dirancang akan dijalankan pada 23&24 Januari 2024 sebelum kerja penggerudian bermula pada Mac 2024.
?? Pengerusi memaklumkan JAS Sabah akan menyokong latihan yang dirancang dengan melibatkan ibu pejabat memandangkan latihan yang diadakan melibatkan pengaktifan Tier 3 MOSCOP.
?? Pengerusi juga mengesyorkan penggunaan nombor talian hotline JAS untuk dihubungi bagi kes-kes kecemasan memandangkan nombor telefon pejabat negeri hanya beroperasi pada waktu pejabat sahaja.
?? Untuk makluman, pihak Shell telah mengadakan beberapa siri perbincangan dengan kerajaan negeri Sabah serta JAS Ibu Pejabat berhubung latihan yang dirancang.
Sekian untuk makluman.
Unit OMPT&KTM