Penerangan
08 Disember 2023, MELAKA - Encik Rosli bin Mustafa, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan lawatan penandaaras ke MRCB pada 6 Disember 2023 yang lepas. Hadir sama adalah Encik Janizan Abu Kasim Ketua Bahagian Operasi Jabatan Alam Sekitar Melaka dan sebahagian pasukan unit Premis Yang Ditetapkan (PYDT) dari bahagian sama.
Dalam lawatan penanaras ini pihak premis telah memberikan taklimat mengenai pengoperasian serta membangkitkan beberapa isu berkaitan Jabatan Alam Sekitar. Diantara aktiviti yang diatur adalah 'Plant tour' merangkumi keseluruhan proses seperti di PSR 1, PSR 2 , lawatan ke gudang simpanan buangan terjadual dan lawatan ke sempadan premis yang hampir dengan kawasan penduduk.
Pihak premis telah diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama
#AlamSekitarTanggungjawabBersama