Penerangan
Johor Bahru – Sebanyak 40 sekolah menengah dari seluruh negeri Johor telah menonjolkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam Pertandingan Rekacipta Kitar Semua e-Sisa yang dianjurkan oleh SWM Environment dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor.
Pelajar daripada SMK Tun Habab, Kota Tinggi telah menjadi juara bagi pertandingan ini dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000, plak dan sijil penyertaan. Pelajar telah menghasilkan Satay Pit iaitu pembakar sate moden yang direkacipta daripada komponen e-sisa iaitu komputer dan pendingin hawa. Hadiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Dr. Mohd Famey bin Yusoff, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor dan YBhg. Datuk Yahya bin Jaafar, Ahli MBJB Zon Bandar Baru Uda.