Penerangan
Siasatan aduan telah dijalankan oleh pegawai Unit Aduan JAS Perak ke lokasi aktiviti perlombongan pada 13 November 2023. Semakan mendapati lot kawasan perlombongan tersebut adalah berdekatan dengan kawasan sensitif alam sekitar. Jabatan mendapati tiada sebarang rekod permohonan untuk menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah di kawasan aduan tersebut. Sebanyak 2 persampelan telah dijalankan terhadap longgokan amang dan longgokan bijih timah bagi tujuan pengesahan bahan galian yang telah di lombong untuk dihantar ke Jabatan Kimia Perak untuk dianalisa.
Arahan telah dikeluarkan kepada pihak premis supaya mengemukakan semua dokumen-dokumen berkaitan kelulusan pengoperasian aktiviti perlombongan bijih timah daripada semua agensi yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.
Jabatan Alam Sekitar Perak akan sentiasa memantau pengoperasian premis ini dan siasatan susulan akan dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan premis ini mematuhi sepenuhnya Peraturan-peraturan di bawah Akta kualiti Alam Sekeliling, 1974.