PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN AIR BERWARNA HITAM KE PARIT

DOE Perak 05/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN AIR BERWARNA HITAM KE PARIT
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
05/12/2023
Organisasi
DOE Perak
Lokasi
Perak

Penerangan

24 November 2023, Bagan Datoh – Pasukan Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah menerima aduan berkaitan pelepasan air berwarna hitam ke parit JPS di kawasan Mukim Bagan Datoh. Pasukan penyiasat telah menjejaki sepanjang parit yang berpotensi mengeluarkan pencemaran air berwarna hitam dan menjumpai air berwarna hitam dari sebuah parit ladang milik Sime Darby Plantation melalui water gate 2. Pengujian pH dijalankan dengan bacaan antara 6-7. Sampel telah diambil di water gate 2 dan parit JPS untuk dianalisa oleh JKM. Memasuki kilang Kelapa Sawit yang bersebelahan dengan parit yang tercemar dan mengeluarkan arahan untuk menjalankan tindakan pembersihan dengan segera.  Pemantauan akan dilakukan dari masa ke semasa.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan