Penerangan
Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar Peringkat Negeri Pulau Pinang Bil. 1 /2023 telah diadakan pada 2 November 2023 di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).
Terdapat dua kertas pembentangan iaitu Status Kualiti Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2022 – 2023 yang telah disampaikan oleh Ketua Unit Pengawasan JAS Negeri Pulau Pinang, Puan Norma Binti Abd Razak dan kertas pembentangan kedua mengenai Status Pematuhan Loji Rawatan Kumbahan di Negeri Pulau Pinang bagi Tahun 2022 – 2023 yang telah disampaikan oleh Encik Kumara Vell A/L S. Chelliah, Head of Regional Operations, Indah Water Konsortium Sdn Bhd.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YB. Dato’ Seri Sundarajoo A/L Somu, Exco Perumahan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang. Mesyuarat yang dilaksanakan oleh JAS Negeri Pulau Pinang ini juga telah dihadiri oleh Pengarah JAS Pulau Pinang, YBrs. Tuan Norazizi Bin Adinan bersama KPP Kanan Bahagian Operasi, KPP Bahagian Pembangunan JAS Negeri Pulau Pinang serta wakil-wakil PBT yang terlibat.