Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI GERAK BERSEPADU BERSAMA IBU PEJABAT POLIS DAERAH TIMUR LAUT DAN JABATAN PENGANGKUTAN JALAN NEGERI PULAU PINANG
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 05/12/2023
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
Pada 16 November 2023, Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menyertai Ops Bersepadu Kenderaan Perdagangan anjuran Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bersama Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pulau Pinang.
Pemeriksaan visual telah dibuat ke atas 25 kenderaan perdagangan. Terdapat 9 buah kenderaan yang diuji menggunakan meter asap, tetapi sebanyak 6 buah kenderaan telah dikenakan tindakan Notis Arahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan daripada Enjin Diesel) 1996.