Penerangan
Pada 15 November 2023, Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Kampung Selamat telah menganjurkan Program Go Green bagi memupuk semangat menyintai dan menjaga alam sekitar di kalangan para pegawainya.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah dijemput untuk menyampaikan ceramah berkenaan Pengurusan Buangan Terjadual di Malaysia. Di dalam program tersebut, pihak PUSPEN telah merakamkan penghargaan melalui ucapan aluan Penolong Pengarahnya, Puan Shilfie Mojinol kepada pihak JAS di atas kesudian untuk berkongsi dan menyampaikan maklumat berkenaan pengurusan buangan e-sisa dengan cara yang betul dan selamat. Ceramah telah disampaikan oleh Tuan Ts Ramli bin Manap, Ketua Unit Penguatkuasaan Daerah Seberang Perai Utara. Pendaftaran untuk Rakan Alam Sekitar (RAS) juga telah dijalankan bersempena program ini.