Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- OPERASI OPS GEMPUR BIL.10/SEPTEMBER 2023 JAS PULAU PINANG
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 05/12/2023
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.10/ 2023 pada 20 dan 21 September 2023 ke atas premis-premis di Negeri Pulau Pinang khususnya premis dalam kawasan industri. Dalam operasi ini seramai tujuh pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 21 orang terlibat secara langsung. Turut serta agensi secara berasingan ialah Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dan Indah Water Konsortium (IWK).
Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 14 premis. Sebanyak 13 Arahan Lapangan , enam Notis Arahan telah dikeluarkan dan 10 kertas siasatan syor kompaun sedang disediakan kepada premis mengikut jenis kesalahan khusus melibatkan pengurusan buangan terjadual, peraturan efluen perindustrian dan peraturan udara bersih.