Penerangan
29 OKTOBER 2023, KEPALA BATAS - Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (JPNIN) telah menjemput Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang untuk mengadakan pameran kesedaran alam sekitar di Program Hari Terbuka Perpaduan yang berlangsung di sini.
Program bersempena Hari Kanak-Kanak dan Hari Kantin Tabika Perpaduan Taman Bertam Indah 1 & 2 itu, berlangsung dengan jayanya dan mendapat sambutan yang begitu baik oleh masyarakat setempat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan di tapak pameran Jabatan Alam Sekitar. Aktiviti kesedaran yang dijalankan difokuskan kepada kanak-kanak seperti permainan susunan logo Jabatan Alam Sekitar, kuiz alam sekitar serta penyampaian maklumat berkenaan pemuliharaan dan penjagaan alam sekitar bersesuaian dengan peringkat usia kanak-kanak. Diharapkan penerapan elemen-elemen ini dapat membantu untuk membentuk satu generasi pelapis yang mampu memelihara alam sekitar ke arah kelestarian. Selain itu, pendaftaran untuk keahlian Rakan Alam Sekitar (RAS) juga dibuka untuk orang awam yang berminat.