PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Kesedaran JAS

USAHA MENYEBARKAN MAKLUMAT SERTA KEMPEN PELUPUSAN SELAMAT E SISA ISI RUMAH BERSEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2023 MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN DI ANTARA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 05/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
USAHA MENYEBARKAN MAKLUMAT SERTA KEMPEN PELUPUSAN SELAMAT E SISA ISI RUMAH BERSEMPENA HARI OZON SEDUNIA 2023 MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN DI ANTARA UNIVERSITI SAINS MALAYSIA DAN JABATAN ALAM SEKITAR PULAU PINANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
05/12/2023
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

Pada 9 September 2023, kempen Pengumpulan Buangan Elektrik dan Elektronik Isi Rumah yang dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (Mineral Resources Engineering, USM), Universiti Sains Malaysia, Nibong Tebal telah berjaya mengumpul lebih kurang 1500 kg buangan yang dikategorikan SW110 selama dua hari kempen diadakan. Kerjasama bersama dengan Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang dan Bigwise Resources Sdn Bhd bersempena dengan Hari Ozon Sedunia 2023 itu juga berjaya menyalurkan informasi berkenaan kepentingan melupuskan buangan elektrik dan elektronik isi rumah dengan kaedah yang betul dan selamat. Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Bigwise Resources Sdn Bhd di atas usaha yang dijalankan demi membantu memelihara alam sekitar ke arah yang lebih baik.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan