Paparan Keseluruhan
- Tajuk
- PENGUATKUASAAN DAN PEMERIKSAAN KE ATAS KILANG PEMBUATAN DI BUKIT TENGAH, PULAU PINANG
- Tahun
- 2023
- Tarikh Keluaran
- 05/12/2023
- Organisasi
- DOE Pulau Pinang
Penerangan
16 OKTOBER 2023, BUKIT MERTAJAM - Penguatkuasaan dan pemeriksaan ke atas sebuah kilang pembuatan produk getah telah dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan SPT1 JAS Negeri Pulau Pinang di Kawasan Perindustrian Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah. Pemeriksaan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan sepenuhnya terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya.
Tindakan tegas akan diambil sekiranya terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab dalam melakukan jenayah alam sekitar dan tidak mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan di bawahnya.