Penerangan
05 Disember 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Ops Gempur ke atas sebuah bengkel di Malim Jaya, Melaka pada 30 November 2023. Premis merupakan Fleet Operator yang tertakluk kepada Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 iaitu Pengendali berkumpulan hendaklah mengendali dan menyelenggara kemudahan yang diluluskan . Premis ini juga tertakluk dengan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling ( Buangan Terjadual) 2005 . Hasil siasatan premis patuh kepada semua peraturan -peraturan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Pihak premis diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama