Penerangan
05 Disember 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan Ops Gempur ke atas sebuah kilang elektronik di Ayer Keroh Melaka pada 30 November 2023. Hasil siasatan premis tidak patuh kepada peraturan -peraturan Buangan Terjadual , Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Premis akan dikenakan tindakan selanjutnya di bawah peraturan tersebut.
Pihak premis diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar.
Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.
#KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim
#JabatanAlamSekitar
#jasnegerimelaka
#AlamSekitarTanggungjawabBersama