PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar

SIASATAN ADUAN PENCEMARAN UDARA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG

DOE Pulau Pinang 05/12/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
SIASATAN ADUAN PENCEMARAN UDARA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI PULAU PINANG
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
05/12/2023
Organisasi
DOE Pulau Pinang

Penerangan

11 OKTOBER 2023, PERAI – Unit Penguatkuasaan SPT1 Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah menjalankan siasatan aduan pencemaran udara di Kawasan Perindustrian Perai, Seberang Perai Tengah pada 6 Oktober 2023 berdasarkan aduan yang diterima pada 5 oktober 2023. Berdasarkan maklumat yang diterima, satu premis pembuatan disyaki menyebabkan pelepasan pencemar ke udara. Siasatan dijalankan mendapati premis ada menyediakan sistem kawalan pencemaran udara dan Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang telah mengeluarkan satu (1) notis arahan kepada premis tersebut untuk memastikan premis sentiasa menyelenggara sistem kawalan pencemaran udara dengan baik. Jabatan ini ingin menegaskan bahawa jika didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah peraturan udara bersih 2014, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan