Penerangan
31 OKTOBER 2023, KEPALA BATAS - Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang bersama Jabatan Alam Sekitar Cawangan Bayan Lepas telah menjalankan operasi bersepadu iaitu Ops Gempur Bil.11/ 2023 pada 25 dan 26 Oktober 2023 ke atas premis-premis di Negeri Pulau Pinang khususnya premis dalam kawasan industry dan Loji Pengolahan Kumbahan. Dalam operasi ini seramai tujuh pasukan dengan bilangan anggota penguatkuasa JAS seramai 21 orang terlibat secara langsung. Turut serta agensi ialah Indah Water Konsortium (IWK).
Operasi kali ini telah berjaya membuat pemeriksaan ke atas 16 premis. Sebanyak 14 Arahan Lapangan, empat Notis Arahan telah dikeluarkan dan 6 kertas siasatan syor kompaun sedang disediakan kepada premis mengikut jenis kesalahan khusus melibatkan pengurusan buangan terjadual, peraturan kumbahan dan peraturan udara bersih.
Ops Gempur Oktober 2023 ini adalah tindakan penguatkuasaan yang dijalankan oleh JAS untuk meningkatkan pematuhan oleh pihak industri supaya operasi di premis mereka adalah sentiasa mengikut kehendak perundangan dan memastikan kepentingan alam sekitar diberi perhatian serius. Pemantauan berterusan akan dijalankan bagi memastikan pematuhan berterusan premis industri terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-peraturan di bawahnya.