Penerangan
LAPORAN RONDAAN UNIT PENGUATKUASAN EIA
TARIKH : 30.11.2023 (Khamis)
MASA : 8.00AM - 5.00PM
ANGGOTA : PPKK RD, PJ MFM & Pem. NK
KAWASAN RONDAAN:
Likas, Inanam, Menggatal, Telipok Dan KKIP.
TUGAS :
1. Pemeriksaan / penguatkuasaan 1 PYBDT tertakluk EIA.
2. Lawatan siasatan aduan pencemaran air di TPS Pepejal Kayu Madang.
3. Rondaan darat OMPT.
PENEMUAN 1:
1. 1 Premis PYBDT sedang di dalam proses ubahsuai Premis sediada sebelum memulai Operasi pada bulan February / Mac 2024.
Penemuan 2:
1. Siasatan aduan pencemaran air di TPS Pepejal Kayu Madang bertarikh 28.11.2023 adalah didapati berasas.
2. Kontraktor Sel 3 iaitu Teraju Laksana telah dilantik oleh DBKK untuk melaksanakan kerja2 Relining of oxidation pond bagi loji rawatan air resapan dari TPS Pepejal Kayu Madang.
3. Pemeriksaan mendapati terdapat kesan benteng kolam no 3 telah di pecahkan secara sengaja untuk mengeluarkan air resapan di dalam kolam.
4. Terdapat alur parit di bina ke arah kawasan paya @ rawa2 Dan pemerhatian ke atas keadaan kolam mendapati 75% isipadu setiap kolam telah berkurang berdasarkan kesan paras air resapan pada tebing / benteng kolam.
5. Tidak ada lagi pelepasan air resapan dari kolam rawatan keluar dari kolam rawatan semasa lawatan.
6. Telah bertembung dengan EO dan Site Manager semasa lawatan.
7. FC dikeluarkan untuk: 7.1. menghentikan aktiviti kerja2 di kawasan kolam tersebut serta merta.
7.2 EO menghantar laporan lengkap kejadian.
7.3. Pihak Teraju Laksana diminta mengemukakan gerak kerja perlaksanaan Relining Of Oxidation Pond tersebut dengan Segera.
8. Makluman akan dibuat kepada DBKK Dan pengadu.
Penemuan 3.
1. Tidak ada PT ditemui sepanjang kàwasan rondaan.
TINDAKAN PENGUATKUASAAN
1) 1 FC dikeluarkan di bawah Akas 1974.
Cuaca : Cerah
Sekian, harap maklum.