PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Kes-kes Alam Sekitar|Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

PREMIS DIDENDA DI MAHKAMAH SEKSYEN 4, SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN

DOE Negeri Sembilan 30/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS DIDENDA DI MAHKAMAH SEKSYEN 4, SEREMBAN , NEGERI SEMBILAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/11/2023
Organisasi
DOE Negeri Sembilan
Lokasi
Negeri Sembilan

Penerangan

KENYATAAN MEDIA

JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN

KES ALAM SEKITAR YANG DIBAWA KE MAHKAMAH DAN TELAH SELESAI:

 

PENDAKWARAYA

LAWAN

ZENSHIN INDUSTRIES SDN.BHD

  [NO SYKT: 201501021428 (1146756-U)]

22 November 2023 – Zenshin Industries Sdn.Bhd merupakan premis yang menjalankan pembuatan produk logam asas yang beroperasi di alamat Zenshin Industries Sdn.Bhd di alamat Lot 10615, Jalan Permata 2, Arab Malaysian Industrial Park, Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus.
  1. Pada 21 November 2022 pada jam sekitar 1.00 tengahari,  sepasukan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke premis tersebut. Semasa pemeriksaan, terdapat pelepasan efluen perindustrian dari takat pelepasan akhir sistem pengolahan efluen perindustrian milik premis berkenaan. Sebanyak empat (4) botol sampel telah diambil di takat pelepasan akhir kilang berkenaan. Sampel tersebut kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya untuk dianalisa oleh Ahli Kimia Kerajaan.
  2. Keputusan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia, no makmal: B(AS)02448/22 bertarikh 15 Disember 2022 menunjukkan premis tersebut telah membuang efluen perindustrian melebihi had kepekatan yang ditetapkan di Peraturan 11(1)(a), Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 yang mengandungi kandungan iaitu :
  3. Kandungan Oksigen Biokimia Yang Diperlukan (BOD5 pada 20°C) yang mempunyai kepekatan sebanyak 56 mg/L iaitu melebihi had kepekatan yang ditetapkan iaitu 20 mg/L; dan
  4. Kandungan Pepejal Terampai  yang mempunyai kepekatan sebanyak 86 mg/L melebihi had kepekatan yang ditetapkan iaitu 50 mg/L;
 
  1. Aluminium yang mempunyai kepekatan sebanyak 17 mg/L iaitu melebihi Had kepekatan yang ditetapkan iaitu 10 mg/L
  2. Nikel yang mempunyai kepekatan sebanyak 68 mg/L iaitu melebihi kepekatan yang ditetapkan iaitu 0.2 mg/L;
 
  1. Pihak premis telah melakukan kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(a), Peraturan-peraturan Kualiti Alam sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 bagi pelepasan BOD, pepejal terampai, Aluminium, Nikel dan boleh dihukum di bawah Peraturan 11 (1) (a), Peraturan yang sama.
  2. Hakim Mahkamah Sesyen 4, Seremban, Yang Arif Puan Mazni binti Nawi telah mensabitkan kesalahan yang dilakukan oleh premis tersebut telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 20,000. Hukuman maksima bagi kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
  3. Pihak OKS yang diwakili oleh Encik Lew Hun Kheng selaku Pengurus syarikat telah membuat pengakuan bersalah di atas pertuduhan yang dibacakan dan membayar denda seperti yang ditetapkan. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Puan Zainoorliza Binti Zainal Abidin.
  4. JAS Negeri Sembilan akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar. Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar melalui:
  5. Portal e-aduan.doe.gov.my (https://[email protected])
  6. Call centre 1-800-88-2727
iii. Emel [email protected]   Sekian. JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN 22 November 2023            

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan