PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PREMIS GAGAL PATUHI AKTA KUALITI ALAM SEKELILING DI KRUBONG, MELAKA

DOE Melaka 30/11/2023 1 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PREMIS GAGAL PATUHI AKTA KUALITI ALAM SEKELILING DI KRUBONG, MELAKA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/11/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

29 NOVEMBER 2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan  Ops Gempur ke atas sebuah bengkel di Krubong pada hari ini.  Premis ini tertakluk kepada  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling  (Buangan Terjadual) 2005 dan  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996,   Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Hasil siasatan  mendapati premis ini tidak mematuhi  Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling  (Buangan Terjadual) 2005.  Premis akan dikenakan tindakan undang-undang berdasarkan   Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak  premis  diingatkan agar sentiasa mematuhi sepenuhnya kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya serta memastikan tidak menyebabkan apa-apa pencemaran kepada alam sekitar. Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka komited untuk menangani aduan awam dan menyeru orang awam dapat memberikan kerjasama sepenuhnya bagi memastikan pematuhan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974 supaya kelestrian alam sekitar dan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.   #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama      

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan