KENYATAAN MEDIA
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
KES ALAM SEKITAR YANG DIBAWA KE MAHKAMAH DAN TELAH SELESAI:
PENDAKWARAYA
LAWAN
HENG SHENG GLOBAL RESOURCES
[NO SYKT: 201803401701 (JM0888586-A)]
22 November 2023 – Heng Sheng Global Resources merupakan premis yang menjalankan pengudangan dan aktiviti sokongan untuk pengangkutan yang beroperasi di alamat Heng Sheng Global Resouces di alamat No.7562, Taman Industri Mahsan, Bahau, Negeri Sembilan Darul Khusus.
- Pada 8 Disember 2022 pada jam sekitar 10.30 pagi, sepasukan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke premis tersebut. Semasa pemeriksaan, didapati terdapat aktiviti menyimpan pelbagai jenis cat tamat tempoh yang disyaki buangan terjadual kerana tiada dokumen jual beli cat dan dan ‘material safety data shet’ (MSDS) produk berkenaan yang dikemukakan kepada pasukan penyiasat semasa siasatan dijalankan. Terdapat sebanyak lebih kurang satu ribu satu ratus dua puluh lima (1125) tong drum di dalam Kawasan premis iaitu satu ribu dua (1002) tong drum masih berisi cat dan satu ratus dua puluh tiga (123) tong drum kosong yang telah dikeluarkan cat tersebut ke dalam kolam konkrit di dalam kawasan premis. Sebanyak empat (4) botol sampel telah diambil dan dilabel. Sampel tersebut kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Petaling Jaya untuk dianalisa oleh Ahli Kimia Kerajaan.
- Keputusan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia, no makmal: B(AS)02625/22 bertarikh 3 Januari 2023 menunjukkan premis tersebut telah melakukan kesalahan di bawah 34A (8) dan Seksyen 18(1) Akta Kualiti Alam sekeliling 1974 iaitu gagal melantik orang yang layak bagi menjalankan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) dan menduduki Premis Yang DiTetapkan (PYDT) bagi kemudahan penstoran luar tapak tanpa lesen.
- Hakim Mahkamah Sesyen 4, Seremban, Yang Arif Puan Mazni binti Nawi telah mensabitkan kesalahan yang dilakukan oleh premis tersebut telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 45,000 bagi pertuduhan 1 dan RM 5,000.00 bagi pertuduhan 2. Hukuman maksima bagi kesalahan di Seksyen 34A (8) dan Seksyen 18(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
- Pihak OKS yang diwakili oleh Encik Cheung Chin Liang iaitu Pengurus syarikat telah membuat pengakuan bersalah di atas 2 pertuduhan yang dibacakan dan membayar denda seperti yang ditetapkan. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Puan Zainoorliza Binti Zainal Abidin.
- JAS Negeri Sembilan akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar. Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar melalui:
- Portal e-aduan.doe.gov.my (https://[email protected])
- Call centre 1-800-88-2727
iii. Emel
[email protected]
Sekian.
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN 22 November 2023