KENYATAAN MEDIA
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN
KES ALAM SEKITAR YANG DIBAWA KE MAHKAMAH DAN TELAH SELESAI:
PENDAKWARAYA
LAWAN
S.P UNITED INDUSTRY SDN BHD
[NO SYARIKAT: 199501039322 (368524-W)]
15 November 2023 – S.P United Industry Sdn Bhd merupakan premis yang menjalankan pembuatan produk logam yang beroperasi di alamat PT 741 & 745, Kawasan Perindustrian Nilai, Seremban di Negeri Sembilan.
- Pada 6 Julai 2022 pada jam sekitar 9.55 pagi, sepasukan pegawai dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menjalankan siasatan penguatkuasaan ke premis tersebut. Semasa pemeriksaan, terdapat pelepasan efluen perindustrian yang dilepaskan di takat pelepasan akhir dari sistem pengolahan efluen perindustrian kilang tersebut. Sebanyak tiga (3) botol sampel telah diambil di takat pelepasan akhir kilang berkenaan. Sampel tersebut kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia, Cawangan Petaling Jaya untuk dianalisa oleh Ahli Kimia Kerajaan.
- Keputusan analisa daripada Jabatan Kimia Malaysia, no makmal: B(AS)013752/22 bertarikh 4 Ogos 2022 menunjukkan premis tersebut telah membuang efluen perindustrian melebihi had kepekatan yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1)(a) dan Peraturan 12(a) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 :
i. Kandungan
Fluorida yang mempunyai kepekatan sebanyak
3 mg/L melebihi had kepekatan yang ditetapkan iaitu
2.0 mg/L;
ii. Kandungan
COD yang mempunyai kepekatan sebanyak
147 mg/L melebihi had kepekatan yang ditetapkan iaitu
80 mg/L;
4. Pihak premis telah melakukan dua kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(a) dan Peraturan 12(a) Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, dan boleh dihukum di bawah Peraturan 32, Peraturan yang sama.
5. Hakim Mahkamah Sesyen 4, Seremban, Yang Arif Puan Mazni binti Nawi telah mensabitkan kesalahan yang dilakukan oleh premis tersebut telah Syarikat telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 35,000. Hukuman maksima bagi kesalahan di bawah Peraturan 11(1)(a) dan Peraturan 12(a), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 adalah denda tidak melebihi RM 100,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya.
6. Pihak OKS yang diwakili oleh Encik Yee Fong Heng selaku Pengurus syarikat telah membuat pengakuan bersalah di atas dua (2) pertuduhan yang dibacakan dan membayar denda seperti yang ditetapkan. Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan, Puan Zainoorliza Binti Zainal Abidin.
7. JAS Negeri Sembilan akan sentiasa mengambil tindakan tegas dan tiada kompromi kepada penjenayah alam sekitar. Saya menyeru orang awam untuk melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar melalui:
Portal e-aduan.doe.gov.my (https://
[email protected])
Call centre 1-800-88-2727
Emel
[email protected]
Sekian.
JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN 15 November 2023