Penerangan
PROGRAM CERAMAH E-WASTE & PAMERAN ALAM SEKITAR
Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan telah menyampaikan ceramah & mengadakan pamarean berkaitan e-waste di Sekolah Menengah Kebangsaan Nilai Impian di Nilai, Negeri Sembilan.
Ceramah bertajuk 'Pengurusan e-waste' telah disampaikan oleh Puan Raudhah binti Abd Karim Pegawai Kawalan Alam Sekitar, JAS Negeri Sembilan.
Program ini telah dihadiri oleh 300 orang yang melibatkan pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah menengah tersebut.
Program pendidikan dan kesedaran pengurusan 'e-waste' ini merupakan salah satu usaha JAS untuk memberikan kesedaran kepada komuniti termasuklah institusi pendidikan agar bersama-sama memulihara alam sekitar selaras dengan slogan JAS iaitu “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama??.
Jom hantar e-waste ke tempat pengumpulan yang berdaftar. Layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasi 'MyEwaste' untuk mengetahui tempat pengumpulan yang terdekat.
"e-waste dikitar, bumi terpelihara"
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklan
#jabatanalamsekitar
#jasn9
#alamsekitartanggungjawabbersama