PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PEMERIKSAAN VERIFIKASI 12 UNIT ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA

DOE Johor 30/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PEMERIKSAAN VERIFIKASI 12 UNIT ALAT KAWALAN PENCEMARAN UDARA
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/11/2023
Organisasi
DOE Johor
Lokasi
Johor

Penerangan

28 NOVEMBER 2023, PASIR GUDANG - Unit Notifikasi, Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor telah menjalankan pemeriksaan verifikasi ke atas sebuah premis berasaskan makanan haiwan di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang berdasarkan penerimaan dokumen Perisytiharan Bertulis dibawah Peraturan 7(5) & 7(6), PPKAS (Udara Bersih) 2014. Hasil pemeriksaan verifikasi mendapati semakan dilapangan, perunding dan premis perlu mengemukakan semula Perisytiharan Bertulis SKPU bagi 4 Unit "Cyclone" dan 8 Unit "Bag Filter" bagi 6 Unit Cerobonh, dengan membuat penambahbaikan dari segi pemantauan prestasi dan juga pembetulan pada lukisan kejuruteraan "as-built". Premis juga didalam proses mengenalpasti kaedah yang bersesuaian bagi habuk yang dikumpul kerana jenis habuk yang berminyak. Satu "field citation" telah dikeluarkan supaya premis dan perunding mengambil langkah tindakan pembetulan. Orang ramai boleh membuat sebarang aduan berkaitan kes-kes pencemaran alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected].

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan