PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Pengawasan

PERSEMPELAN AIR TANAH KATEGORI STESEN LUAR BANDAR

DOE Melaka 30/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
PERSEMPELAN AIR TANAH KATEGORI STESEN LUAR BANDAR
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
30/11/2023
Organisasi
DOE Melaka

Penerangan

28 NOVEMBER  2023, MELAKA - Jabatan Alam Sekitar Melaka telah menjalankan  persempelan air tanah frekuensi 4 bagi tahun 2023.  Persempelan telah di jalankan pada 27 November 2023.  Seramai 5 orang pelajar praktikal Jabatan Alam Sekitar Melaka diberi peluang dan  pengalaman tatacara pengambilan sampel air tanah ini.  Para Pelajar ini  daripada  Universiti Teknologi Mara  (Shah Alam),  Universiti Teknologi Mara  (Perlis) dan  Universiti Malaysia Terengganu . Sebanyak 7 sampel diambil  bagi kategori  Luar bandar di  Kompleks Kecemerlangan Buangan Terjadual, Taboh Naning .  Bagi sampel bakteria dihantar ke Jabatan Kimia Melaka dan 6 sampel lagi  dihantar ke  Jabatan Kimia Petaling Jaya. Air tanah merupakan sumber air di bawah tanah yang terdapat pada retakan dan ruangan  dalam tanah, pasir dan batu. Air tanah kini menjadi sumber air yang semakin penting. Air tanah juga terdedah kepada pelbagai punca pencemaran yang berpotensi  menjejaskan kegunaan berfaedahnya. Program rangkaian pengawasan dan pelaporan kualiti air bawah tanah kebangsaan telah  bermula pada akhir tahun 1997 oleh Jabatan Alam Sekitar. Pewujudan program rangkaian pengawasan air tanah adalah bagi mempertingkatkan  kualiti air tanah yang komprehensif dan menyeluruh. Disamping itu, ianya juga akan  meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidup rakyat melalui langkah-langkah  proaktif di dalam pengawalan punca-punca yang menyebabkan pencemaran air tanah  melalui pelaporan status kualiti air tanah yang tepat. Pembinaan stesen pengawasan air tanah adalah mengikut guna tanah spesifik. #KementerianSumberAsliAlamSekitarDanPerubahanIklim #JabatanAlamSekitar #jasnegerimelaka #AlamSekitarTanggungjawabBersama