PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/11/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN KEMAMAN, 4 NOVEMBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu. Rondaan dan pemantauan telah dilakukan Chukai, Binjai, Mak Lagam, Geliga, Kuala Kemaman, Bukit Kuang, mak Chili,Ibok, Air Jerneh, Semayor, Kemasik, Meraga Beris, Telok Kalong dan Kijal. Tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai. Walau bagaimanapun banner telah dipasang di kawasan Kemasik yang berpotensi boleh menyebabkan pembakaran terbuka berlaku. Selain itu, pemantauan juga dilakukan di Kawasan Perindustrian Telok Kalong mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut. Pemantauan di kawasan Pantai Penunjuk Kijal menunjukkan tiada sebarang tarbal dikesan. Pemantauan ke atas projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link (ECRL) di Kg Semayor berada pada keadaan baik. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan