Penerangan
RONDAAN OMPT DAN PEMANTAUAN PENCEMARAN PADA CUTI HUJUNG MINGGU
KEMAMAN, 11 NOVEMBER 2023_Pasukan penguatkuasa JAS Cawangan Kemaman terus menjalankan Operasi Mencegah Pembakaran Terbuka ( OMPT) dan memantau pencemaran di daerah ini.
Kawasan rondaan OMPT dan pantau punca pencemaran ini melibatkan Chukai, Jakar, Mat Lagam, Binjai, Mak Chili, Desa Solehah, Kg.Besut, Bukit Kuang, Kemasik, Kerteh, Kijal dan Telok Kalong.
Tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai.
Walau bagaimanapun pemasangan banner larangan aktiviti pembakaran terbuka telah dibuat di kawasan yang berpotensi aktiviti tersebut dilakukan.
Pemantauan di penempatan kilang- kilang di Kawasan Perindustrian Telok Kalong, tiada aktiviti abnormal dikesan.
#Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama