Penerangan
RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN KAWAL PUNCA PENCEMARAN SETIAP CUTI HUJUNG MINGGU
KUALA TERENGGANU, 10 NOVEMBER 2023_ Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka dan kawal punca pencemaran yang berpotensi mencemarkan alam sekitar.
Rondaan dan pengawalan punca pencemaran telah dijalankan sekitar daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.
Tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan.
Selain itu,pemantauan kilang -kilang di Kawasan Perindustrian Gong Badak dan Kawasan Perindustrian Gong Medang Tembila juga dijalankan.
Tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan .
Pasukan penguatkuasa juga telah memasang banner larangan pembakaran terbuka di kawasan yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan.
Pemantauan pencemaran di Pantai Rhu Sepuluh Setiu juga dilakukan. Tiada penemuan bebola tar dan tumpahan minyak dikesan.
Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama