PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

Dua Kilang didenda gagal patuhi PUB 2014

DOE Terengganu 29/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
Dua Kilang didenda gagal patuhi PUB 2014
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/11/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

Dua Kilang didenda gagal patuhi PUB 2014 KUALA TERENGGANU – Dua buah kilang papan didenda masing-masing sebanyak RM 4,000.00 dan RM 7,000.00 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Rabu, 15 November 2023 kerana telah gagal mematuhi Peraturan 7 (1) dan 7 (3), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014. Mengikut Pertuduhan yang Pertama, Kilang Papan yang beroperasi di daerah Hulu Terengganu didapati gagal melengkapkan sistem kawalan pencemaran udara mengikut spesifikasi yang ditentukan oleh Ketua Pengarah. Sementara sebuah kilang papan yang beroperasi di daerah Kuala Terengganu didapati gagal mengendalikan serta menyelenggarakan sistem kawalan pencemaran udara ini dengan baik mengikut amalan kejuruteraan yang menyeluruh dengan memastikan bahawa semua komponen sistem kawalan pencemaran udara berfungsi dengan baik. Hakim Nooriah Osman membuat keputusan itu selepas wakil syarikat masing-masing mengaku salah kerana gagal mematuhi Peraturan 7(1) dan 7(3) dan dibaca bersama Peraturan 29, Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014, Pendakwaan kes dikendalikan oleh pegawai pendakwa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu. Sementara itu Pengarah JAS Terengganu, Ramli Abd Rahman berkata mana-mana orang yang melanggar atau gagal mematuhi mana-mana peruntukan di bawah peraturan tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak lebih daripada satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada dua tahun atau kedua-duanya. #Kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan