Penerangan
MESYUARAT JAWATANKUASA EIA-TRC BAGI PROJEK JALAN DARI AL MUKTAFI BILLAH SHAH KE DUNGUN (REKA DAN BINA )
KUALA TERENGGANU, 21 November 2023: Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Terengganu, YBrs. Encik Ramli bin Abd. Rahman telah mempengerusikan Mesyuarat Environmental Impact Assessment Technical Review Committee (EIATRC), hari ini.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Ketua Penolong Pengarah Pembangunan, Encik Mohd Norli Abdullah bersama Penolong Pengarah Kanan, selaku Ketua Unit Memproses Laporan EIA, Encik Amri Mohd Yusof serta pegawai-pegawai JAS Terengganu serta ahli-ahli EIATRC yang terdiri daripada Jabatan-Jabatan Teknikal yang dilantik.
Keperluan menyediakan laporan EIA dan mendapat kelulusan JAS ini, termaktub di bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sementara ulasan-ulasan dari agensi teknikal juga diambil perhatian dalam mempertimbangkan kelulusan laporan EIA ini.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama