PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN KAWAL PUNCA PENCEMARAN SETIAP CUTI HUJUNG MINGGU

DOE Terengganu 29/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN KAWAL PUNCA PENCEMARAN SETIAP CUTI HUJUNG MINGGU
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/11/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

RONDAAN CEGAH PEMBAKARAN TERBUKA DAN KAWAL PUNCA PENCEMARAN SETIAP CUTI HUJUNG MINGGU   KUALA TERENGGANU, 10 NOVEMBER 2023_ Pasukan penguatkuasa JAS Terengganu terus menjalankan rondaan bagi mencegah aktiviti pembakaran terbuka dan kawal punca pencemaran yang berpotensi mencemarkan alam sekitar.   Rondaan dan pengawalan punca pencemaran telah dijalankan  sekitar daerah  Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu dan Besut.   Tiada sebarang pembakaran terbuka dikesan sepanjang rondaan dijalankan.   Selain itu,pemantauan kilang -kilang di  Kawasan Perindustrian Gong Badak dan Kawasan Perindustrian Gong Medang Tembila juga dijalankan.   Tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan .   Pasukan penguatkuasa juga telah memasang banner larangan pembakaran terbuka di kawasan yang berpotensi aktiviti pembakaran terbuka dilakukan.   Pemantauan pencemaran di Pantai Rhu Sepuluh Setiu juga dilakukan. Tiada penemuan  bebola tar  dan tumpahan minyak dikesan.   #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan