Penerangan
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN
KEMAMAN, 4 NOVEMBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu.
Rondaan dan pemantauan telah dilakukan Chukai, Binjai, Mak Lagam, Geliga, Kuala Kemaman, Bukit Kuang, mak Chili,Ibok, Air Jerneh, Semayor, Kemasik, Meraga Beris, Telok Kalong dan Kijal. Tiada sebarang pembakaran terbuka dijumpai.
Walau bagaimanapun banner telah dipasang di kawasan Kemasik yang berpotensi boleh menyebabkan pembakaran terbuka berlaku.
Selain itu, pemantauan juga dilakukan di Kawasan Perindustrian Telok Kalong mendapati tiada sebarang aktiviti abnormal dikesan di sekitar kawasan tersebut.
Pemantauan di kawasan Pantai Penunjuk Kijal menunjukkan tiada sebarang tarbal dikesan.
Pemantauan ke atas projek pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (East Coast Rail Link (ECRL) di Kg Semayor berada pada keadaan baik.
#kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim
#jabatanalamsekitar
#jasterengganu
#alamsekitartanggungjawabbersama