PERPUSTAKAAN ENVIRO DIGITAL Jabatan Alam Sekitar Malaysia
Koleksi Gambar / Aktiviti & Bengkel>Program Penguatkuasaan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN

DOE Terengganu 29/11/2023 0 paparan

Paparan Keseluruhan

Tajuk
JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN
Tahun
2023
Tarikh Keluaran
29/11/2023
Organisasi
DOE Terengganu
Lokasi
Terengganu

Penerangan

JAS TERENGGANU CAWANGAN KEMAMAN TERUS TINGKATKAN RONDAAN CEGAH PENCEMARAN KEMAMAN, 3 NOVEMBER 2023 –Pasukan penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Cawangan Kemaman sentiasa bersiap sedia menjalankan rondaan bagi mencegah pembakaran terbuka dan memantau punca pencemaran pada cuti hujung minggu. Rondaan dan pemantauan telah dilakukan di Chukai,Jakar,Geliga,Kuala Kemaman,Kawasan Perindustrian Jakar,Kg.Fikri, Mak Lagam,Binjai,Pasir Minal, Pulau Tempurung, Bukit Mentok,PenGkalan Pandan,Gong Pauh,Gong Limau,Mak Chili,Bukit Kuang,Kawasan Perindustrian Teluk Kalong dan Kg. Teluk Kalong Tiada pembakaran terbuka sepanjang laluan rondaan dijalankan. Banner Larangan pembakaran terbuka dipasang di lokasi yang berpotensi aktivti tersebut dilakukan. Pemeriksaan dan pemantauan punca pencematan juga dilakukan di kawasan penempatan kilang-kilang                                 di daerah ini. Tiada aktiviti abnormal ditemui semasa pemantauan dijalankan ke atas premis berkenaan. Selain itu pemantauan pencemaran Tarball juga dilakukan di kawasan pantai Kuala Kemaman, tiada tarball dikesan di sekitar pantai berkenaan Pemantauan dan pemeriksaan Infrastruktur pencegahan kebakaran tanah gambut di Mak Lagam mendapati ianya berada pada keadaan yang baik. #kementeriansumberaslialamsekitardanperubahaniklim #jabatanalamsekitar #jasterengganu #alamsekitartanggungjawabbersama

Gambar / Video Penuh

← Kembali ke Penemuan